WhatsApp telah melepaskan fungsi terbaru untuk pengguna mereka di iOS. Fungsi ini akan menyahkunci aplikasi ini. Anda harus menggunakan Face ID atau Touch ID untuk menyahkuncikan WhatsApp anda.

Fungsi ini dilepaskan ke dalam 2.19.20. Ianya boleh diakses secara berikut di Settings > Account > Privacy > Face ID.

WhatsApp Dengan Face ID
WhatsApp Dengan Face ID

Namun jika melihat deskripsi anda masih lagi boleh membalas mesej di notifikasi dan menjawab panggilan masuk seperti biasa. Fungsi sekuriti ini setakat ini hanya terdapat di iOS. Tiada lagi maklum balas daripada pihak WhatsApp setakat ini bila fungsi yang sama akan dilepaskan untuk ekosistem Android.