WhatsApp : Ciri Penting Yang Dapat Membantu Anda

WhatsApp antara aplikasi komunikasi yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Digital News Report melaporkan bahawa rakyat Malaysia ialah pengguna WhatsApp terbesar di dunia pada tahun 2017.

Ini antara beberapa tips yang kami ingin kongsi bagi pengguna WhatsApp agar dapat lebih mengoptimasikan penggunaan aplikasi ini.

1) Mencari media, dokumen, pautan URL dengan lebih pantas.
Kebanyakan masa pengguna akan skrol berjela-jela untuk mencari sesuatu dokumen, media dan URL. Anda boleh menggunakan group media atau bagi individu hanya di media. Di situ terkumpul segala jenis media secara sistematik dan memudahkan anda untuk mencari sesuatu tanpa perlu skrol.

2) Buang mesej daripada dilihat
Kadang-kadang kita mungkin tersalah hantar sesuatu mesej. WhatsApp terkini membolehkan anda memadamkan sesuatu jika berlaku kesilapan. Untuk pengetahun anda setakat hari ini mesej yang salah dihantar dapat dipadam sehingga 1 jam 8 minit dan 16 saat. Pilih Delete For Everyone dan mesej anda akan dipadam dari terpapar kepada penerima.

3) Export profil anda
Bagi yang bimbang soal keselamatan data mereka sekarang terdapat pilihan untuk export data dari profil anda. Mungkin ada yang bimbang soal data ini oleh sebab WhatsApp dimiliki oleh Facebook secara tak lansung.

Proses ini akan mengambil masa selama 3 hari, dan apabila ia telah siap, anda akan mendapat pula pilihan Export Report. Laporan tersebut kemudian boleh dimuat turun.

4) Broadcast mesej
Fungsi New broadcast membolehkan anda menghantar mesej hanya kepada individu tertentu sahaja. Contoh anda ingin membuat jemputan majlis kepada rakan-rakan rapat anda, anda boleh menggunakan fungsi ini.

5) Semak ruang storan
Dengan menggunakan fungsi ini anda boleh semak ruang storan yang telah digunakan oleh WhatsApp.

Anda boleh pilih mana-mana kumpulan atau individu untuk menyemak pelbagai kategori penggunaan ruang storan. Anda juga boleh pilih dari kategori tersebut atau kesemuanya sekali untuk memadamkan sesuatu.

Bantu kami kongsi artikel ini di sosial media

Sertai komuniti iFix iOS Studio