Cuti Tahun baru Cina akan datang boleh diisi dengan lebih banyak perkara, lebih-lebih lagi jika anda pengguna TuneTalk. TuneTalk kini menawarkan data percuma sehingga 8GB sebagai promosi Tahun Baru Cina.

Hanya dengan melanggan pelan bulanan RM28 atau RM48, maka pengguna TuneTalk akan menerima data bonus 4GB atau 8GB. Promosi ini sah untuk langganan pelan berkaitan dari 28 Januari hingga 12 Februari 2019.

Bagi pengguna pek prabayar TuneTalk Buddies Pack, melanggan pelan bulanan RM28 akan menerima 4GB data bulanan dan 4GB data bonus. Manakala pelan bulanan RM48 pula menyediakan 8GB data bulanan dan 8GB data bonus.

Untuk pengguna pek prabayar baru TuneTalk Value, pelan bulanan RM28 akan diberi 6GB data bulanan dan 4GB data bonus. Untuk pelan bulanan RM48, akan mendapat 10GB data bulanan dan 8GB data bonus.

Walaupun melanggan pelan bulanan, data bonus dalam promosi ini hanya sah digunakan dalam masa 15 hari selepas pelan mula dilanggan. Contonhnya pelan bulanan RM28 Buddies Pack, 4GB data bulanan boleh digunakan dalam 30 hari, manakala 4GB data bonus hanya dalam 15 hari.

TuneTalk baru memperkenalkan pek Value Prepaid, dengan pelan bulanan SureOne yang datang dengan pas Chat, Sosial dan Musik tanpa had.

Pengguna TuneTalk, jangan lupa melanggan pelan bulanan dalam tempoh promosi ini, untuk menerima data bonus dan berintenet lebih banyak. Untuk maklumat lanjut, layari laman web TuneTalk Sure Huat One.