Xiaomi bakal melancarkan Mi 9 mereka. Acara ini walau bagaimanapun dijangka dibuat sangat dekat dengan acara pelancaran Samsung S10 daripada Samsung. Ini mungkin dibuat secara sengaja untuk mengalihkan perhatian peminat sedikit sebanyak daripada Samsung. 

Mi 9 bakal didatangkan dengan pemprosesan Snap Dragon 855, imbasan jari atas paparan muka yang lebih sensitif dan juga 3 lensa kamera utama (Sony IMX586 48 megapixel 1/2-inchi sensor gambar f/1.75 aperture, 12 megapixel f/2.2 sensor dengan 2x zom optikal dan 16 megapixel f/2.2).

CEO Xiaomi Lei Jun juga sudah mengumumkan bahawa model kali ini juga akan datang dengan siri Explorer mereka. Ianya bakal dibekalkan dengan 12GB RAM.

Apa yang menarik untuk siri Explorer ini adalah astetik belakang peranti tersebut. Ianya dibuat untuk menampakkan komponen dalaman peranti tersebut persis ala-ala kereta lumba mahal yang bahagian enjin jelas kelihatan.