Q1 2019 dilaporkan pendapatan Apple Inc turun 15% berbanding tahun sebelumnya. Tim Cook mengaku strategi Apple meletakkan tanda harga yang terlalu tinggi bagi model terbaru mereka iPhone 10s merupakan antara punca utama pendapatan Apple berkurangan.

Apa yang agak menarik tahun ini Apple tidak lagi menyatakan jumlah jualan unit bagi setiap peranti yang mereka jual berbanding tahun-tahun sebelumnya. 

Kadar tukaran mata wang dipasaran dunia lewat ini yang agak tinggi di beberapa negara lain memburukkan lagi keadaan. Apple dikatakan akan mengubah tanda harga di beberapa pasaran tertentu.

Dilaporkan juga di beberapa negara membangun pihak telco tidak lagi memberi subsidi pembelian bagi model iPhone terbaru ini mengeruhkan lagi keadaan.

Namun walaupon penjualan iPhone baharu ini tidak memberangsangkan beberapa produk dan servis daripada Apple Inc menunjukkan peningkatan seperti Apple watch, pendapatan daripada Apple Store dan beberapa servis lain seperti Apple Music.

Dalam beberapa siri temuramah Tim Cook memang bersetuju tanda harga merupakan sebab utama. Untuk itu beliau ada mengatakan mereka akan lebih memfokuskan lebih kepada program ‘trade in’ dan pembayaran secara berkala.