iOS 11.3 telah dilancarkan secara rasmi pada 30 Mac 2018. Di dalam iOS ini pertama kali Apple Inc memperkenalkan fungsi Battery Health untuk pengguna iPhone memeriksa tahap kesihatan bateri iPhone.

Peratusan kesihatan bateri

Fungsi ini hadir pertama kali dalam iOS 11.3 bagi iPhone SE, iPhone 6, iPhone 6 Plus dan ke atas.

Apple menghasilkan bateri iPhone yang mampu bertahan sehingga 80% dan ke atas bagi kitaran lengkap caj sebanyak 500 kali.

Anda boleh semak pautan dan tatacara yang telah disediakan oleh pihak Apple Inc di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Batteri Health di https://support.apple.com/ms-my/guide/iphone/iph63eecc618/ios

Sekiranya bateri iPhone mencapai kapasiti bawah 75% akan keluar satu indikasi bahawa bateri tersebut haruslah ditukar baharu. Sekiranya tahap kesihatan bateru berada pada paras bawah 75%, secara automatik iOS akan memperlahankan prestasi iPhone tersebut.

Jika bateri iPhone anda menunjukkan 80% ke atas anda tidak perlu risau berkenaan isu ini. Diharap maklumat ini membantu anda sedikit sebanyak.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut anda boleh terus hubungi wakil khidmat pertanyaan kami di perincian berikut.

iFix iOS Studio
Direktori khidmat langganan – https://linktr.ee/ifix_ios_studio