Lewat ini kebanyakan pengeluar telefon pintar berlumba-lumba menghasilkan peranti yang mempunyai paparan yang hampir penuh dengan nirbingkai yang sangat nipis.

Xiaomi baru-baru ini menfailkan paten yang bocor di Lets Go Digital. Walaupun daripada gambar paten yang ditunjukkan nampak biasa namun jika diteliti ianya cuba mengimplementasikan nirbingkai di setiap penjuru paparan.

Peranti pada masa ini tidak lagi mengimplementasikan nirbingkai sepenuhnya di mana bahagian atas dan bawah paparan masih ada bingkai yang agak tebal.

Jika dilihat dengan lebih dekat lagi paten yang bocor tersebut tidak ada sebarang butang fizikal. Mungkin ianya akan menggunakan butang jenis pressure sensitif. 

Namun mungkin juga paten ini tidak akan dikeluarkan. Setakat ini ianya hanyalah sekadar paten yang telah dibuat oleh pihak Xiaomi. Walaupun begitu ianya sesuatu yang menarik jika ianya benar-benar dikeluarkan. 

Dipetik daripada Lets Go Digital