Teknologi pada masa kini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia bukan sahaja untuk mencari maklumat namun ia digunakan dalam proses komunikasi dan proses penyelesaian masalah dalam tugasan.

Malah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kini telah meresap ke dalam masyarakat kita hinggakan kita bagaikan tidak mampu untuk meneruskan kehidupan dengan teknologi pada masa kini.

Boleh dikatakan setiap daripada kita menggunakan telefon pintar, mendengar muzik dalam talian, menonton filem secara strim langsung, dan memuat naik pengembaraan terbaru kita ke dalam akaun Instagram kita.

Kita menerima maklumat, berkomunikasi dan berinteraksi sesama sendiri dengan menggunakan ICT, yang merupakan industri yang berkembang pesat di seluruh dunia.

Ada juga yang mengatakan penggunaan telefon pintar banyak memakan masa dan menjadikan hari-hari mereka kurang produktif namun jika digunakan dengan sebaiknya telefon pintar boleh dijadikan sebagai satu item yang produktif.

Itu semua bergantung pada diri sendiri dalam menentukan penggunaan aplikasi mudah alih yang ada pada masa kini dengan sebaiknya untuk menjadi lebih produktif.

1) Pengurusan Masa

Pengurusan masa dengan penggunaan telefon pintar adalah sangat penting bagi memastikan produktiviti kerja anda. Bagi mengelakkan penggunaan yang lama, anda boleh tetapkan masa untuk penggunaan media sosial, permainan, dan aplikasi lain.

Anda juga boleh menyesuaikannya untuk mod yang berbeza seperti waktu kerja, waktu keluarga, dan waktu sendiri untuk memastikan anda mempunyai akses kepada perkara yang anda perlukan, tetapi tidak terganggu oleh perkara yang anda tidak perlukan.

2) Manfaatkan Masa Lapang

Penggunaan telefon pintar juga dapat mengisi masa lapang anda dengan lebih bermanfaat jika ia digunakan dengan betul. Ia boleh digunakan untuk membaca, menulis, mendengar, belajar bahasa, serta berbelanja dengan hanya satu peranti.

3) Gunakan Aplikasi Yang Produktif

Telefon pintar kini seperti komputer mini yang mempunyai keupayaan untuk menjadi produktif di hujung jari. Dengan adanya peranti berkuasa ini, ia membolehkan anda menjadi mudah alih dan produktif pada masa yang sama. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pekerjaan freelance juga berkembang dengan meluas disebabkan kebolehan ini.

4) Menambahkan Pendapatan

Bukan sahaja boleh digunakan sebagai mencari maklumat dan berhubung malah aplikasi mudah alih juga boleh memudahkan kita untuk menjana pendapatan secara sepenuh dan separuh masa.

Segalanya hanya dihujung jari apabila kita boleh mengiklankan segala barangan yang ingin dijual menerusi media sosial.

Untuk menjadikan kita lebih produktif, sesorang itu haruslah rajin, bertanggungjawab dan amanah dalam mencari penyelesaian terhadap masalah yang dilalui dalam hidup.

Jadi sama-samalah kita memacu produktiviti negara dengan kehidupan yang lebih produktif dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) #Esokakanlebihbaikdarisemalam.

Muat turun aplikasi mudah alih M-Productivity untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini mengenai produktiviti, kualiti dan daya saing daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Aplikasi mudah alih ini boleh didapati di kedua-dua platform IOS dan Android.