150,000 Swiss franc (RM609,705) ditawarkan oleh kerajaan Switzerland bagi sesiapa yang mampu menggodam sistem pilihanraya secara online mereka.

Sistem ini akan beroperasi pada 25 Februari hingga 24 Mac bagi memberi peluang kepada penggodam mencari masalah yang terdapat di dalam sistem. Bagi yang berminat boleh berbuat demikian di sini.

Ini dibuat oleh kerajaan bagi memastikan sistem yang bakal digunakan di negara mereka tidak mempunyai sebarang bentuk masalah yang bakal menjejaskan pilihanraya mereka yang bakal menggunakan sistem tersebut kelak. 

Walau bagaimanapun setiap masalah yang dijumpai dalam sistem akan dibayar mengikut severiti masalah yang dijumpai tersebut.

Jika anda mempunyai kepakaran sebagai penggodam mungkin ini masanya untuk anda cuba. Bagi yang berminat boleh berbuat demikian di sini untuk tujuan pendaftaran.

Dipetik daripada Malay Mail