Samsung Galaxy Note antara salah satu jenama Samsung yang memang laris. Ianya dilengkapi dengan S-Pen iaitu salah satu ciri unik terdapat pada model ini.

Pada hari ini S-Pen untuk model Note 9 dilengkapi dengan kapabiliti Bluetooth. Boleh digunakan sebagai pemicu menangkap gambar dan juga sebagai remote shutter untuk melakukan pembentangan.

Baru-baru ini tertiris satu paten yang difailkan oleh Samsung dimana mereka ingin memasukkan modul kamera ke dalam S-Pen mereka.

Paten ini pada asalnya dipatenkan oleh Samsung sekitar 2017 di United States. Ianya dipatenkan di U.S Patent and Trademark Office.

S-Pen yang diperkenalkan dalam siri Note 9 setakat ini mempunyai ketahanan bateri selama 30 minit dengan hanya cas sepantas 40 saat sahaja. 

Namun tidak semestinya paten yang difailkan ini menjadi kenyataan. Ianya mungkin juga tidak akan dihasilkan lansung. Bagi kami di Pisang Panas ianya sesuatu yang menarik jika dihasilkan oleh mereka.