Apple mencatatkan USD88.3 billion untuk Q1 tahun lepas. Tahun ini Q1 mereka meletakkan sasaran keuntungan sekitar USD84 billion sahaja berbanding jangkaan awal USD94 billion.

Walaupun begitu, Apple mencatatkan keuntungan yang lebih tinggi berbanding tahun yang sama untuk Q1 bagi pasaran negara membangun.

We also expect to set all-time revenue records in several developed countries, including the United States, Canada, Germany, Italy, Spain, the Netherlands and Korea. And, while we saw challenges in some emerging markets, others set records, including Mexico, Poland, Malaysia and Vietnam.

Menurut Tim Cook kepada pelabur

Walaupun begitu kita takkan dapat mengetahui berapa peratusan kenaikan kadar keuntungan bagi pasaran Malaysia kerana laporan mereka dipecahkan mengikut rantau.

Apple pada tahun ini nampaknya begitu bersungguh dalam meningkatkan kadar keuntungan mereka terutamanya dalam bidang servis. Tahun lepas sahaja Google membayar Apple hampir USD10 billion kerana menetapkan Google sebagai search engine sedia ada.