iPhone Dengan Sokongan eSIM

iPhone Xs merupakan siri pertama bagi Apple yang menggunakan eSIM. Apple selalunya apabila mengimplementasikan sesuatu akan komited dengan perkara tersebut dan saya sangat pasti tak lama lagi ianya akan menjadi ikutan dan digunakan secara meluas.

iPhone Xs ini datang dengan dua variasi. Satu dengan dua fizikal SIM kad dan lagi satu dengan satu fizikal SIM kad dan eSIM. Apa itu eSIM? Mungkin ramai masih tertanya.

eSIM “electronic SIM” atau eUICC (embedded universal circuit card) ialah satu bentuk SIM elektronik. Ianya kini banyak digunakan di US, Korea Selatan dan juga Japan. Selalunya eSIM ini digunakan di kenderaan dan mesin-mesin untuk terhubung kepada internet.

Ianya sesuatu yang baharu di Malaysia dan tidak disokong dengan meluas. Namun ianya ada dan ditawarkan oleh Maxis tetapi tidak diiklankan dengan meluas dek kerana kebanyakan peranti di Malaysia tidak menyokong eSIM ini.

Apple Watch 3 mempunyai variasi eSIM ini sebenarnya. Jika anda mempunyai peranti seperti ini hanya perlu bawa peranti tersebut ke telco dan daftar. Telco akan ambil beberapa butiran peranti anda dan anda terus dapat guna rangkaian telco tersebut.

Apa kebaikannya?

Sebenarnya eSIM ini dibuat untuk menyah buang fizikal SIM kad. Dahulu SIM kad ini jika anda masih ingat hampir sebesar kad kredit dan kini sudah tersangatlah kecil. Dengan membuang SIM ini sebenarnya membuka lebih ruang di dalam peranti anda untuk pihak pengeluar menambah inovasi baharu.

Jika peranti anda hilang tak perlu risau pasti peranti tersebut tidak dapat digunakan dengan telco sebab ianya sudah didaftar atas nama anda.

Bantu kami kongsi artikel ini di sosial media

Sertai komuniti iFix iOS Studio