iOS 13 Mod Gelap

Sehingga setakat ini Dark Mode dalam iOS masih belum lagi diimplementasikan ke dalam iOS. Bloomberg walau bagaimanapun melaporkan bahawa ianya mungkin akan datang dalam iOS 13 kelak.

Mac OS Mojave sudah mempunyai fungsi mod gelap. Di dalam Mac OS terbaru ini pengguna dapat memilih samaada ingin menggunakan mod biasa atau mod gelap. Fungsi ini dilepaskan pada tahun lepas ke dalam versi 10.14.3.

Apple Watch dan Apple TV setakat ini juga mempunyai fungsi ini pada saat artikel ini ditulis. Namun dalam kedua produk Apple ini ianya hanya sekadar dalam bentuk tema.

Antara kebaikan menggunakan mod gelap ini ianya dapat merehatkan mata pengguna jika terlalu lama menggunakan peranti tersebut. Dalam beberapa peranti Apple yang sudah menggunakan panel OLED sedikit sebanyak akan memberikan penjimatan bateri secara tak langsung jika mod gelap ini digunakan.

Pandangan kami jika mod gelap ini dilepaskan ke dalam iOS ianya sedikit sebanyak akan memberikan perasaan baharu bagi pengguna tegar iOS. Semenjak iOS pertama dilepaskan hingga ke hari ini mungkin pengguna akan berasa sedikit bosan.

Bantu kami kongsi artikel ini di sosial media

Sertai komuniti iFix iOS Studio