Pihak Amerika Syarikat kini sudah mengisytiharkan sekatan ke atas Huawei dan anak syarikat mereka Honor. Mereka meletakkan Huawei dan Honor ke dalam ‘Entity List’ di mana syarikat yang disenarihitamkan ini tidak dapat menjalankan perniagaan dengan mana-mana syarikat di Amerika Syarikat.

Malah syarikat pengeluar perkakasan (cip) terbesar dunia Qualcomm dan Intel juga turut terpalit berhubung isu ini memandangkan mereka adalah syarikat yang bertapak di Amerika Syarikat. Sebelum ini jika ada yang masih ingat Intel setakat hari ini masih lagi tidak dapat menghasilkan modem 5G yang perlu digunakan oleh pihak Apple Inc.

Google juga secara lansung tidak boleh bekerjasama dengan pihak Huawei rentetan daripada isu ini. Kemaskini Android Q misalannya dan beberapa produk keluaran Google seperti Gmail, Google PlayStore selepas ini tidak dapat digunapakai oleh peranti daripada Huawei.

Namun larangan penggunaan produk Google ini oleh peranti Huawei masih tidak jelas samaada ianya terpakai kepada peranti lama dan baru atau peranti baru sahaja daripada Huawei.

Dalam beberapa hari lagi sahaja pihak Huawei bakal melancarkan peranti baru Honor mereka. Pasti isu ini sedikit sebanyak bakal merencatkan penjualan peranti terbaru mereka. Huawei P30 yang agak baru dilancarkan oleh Huawei juga bakal menerima nasib yang sama.

Syarikat telco di negara kita pon ada beberapa (kami tak dapat namakan) ada yang menggunakan solusi perisian daripada Huawei. Kerajaan Malaysia sehingga ke hari ini masih tidak lagi menyatakan pendirian mereka berhubung isu ini.

Banyak isu-isu berkait sebenarnya yang akan terjadi dek kerana isu ini. Perbalahan seperti ini tiada penghujungnya dan sebenarnya merugikan pengguna.

Apa-apa pon kami mengharapkan pihak Huawei dan Amerika Syarikat dapat menjumpai jalan penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak.