Huawei Bakal Memperkenalkan Telefon Skrin Lipat

Huawei akan memperkenalkan telefon lipat mereka di MWC (Mobile World of Congress) di Barcelona Spain penghujung Februari tahun ini. Perkara ini telah diumumkan juga oleh CEO mereka Richard Yu ketika memperkenalkan cip 5G terbaru mereka tempoh hari.

https://twitter.com/HuaweiMobileUK/status/1091263943929151488

Peranti ini dijangka akan berada di pasaran seawal Jun menurut ETNEWS dan South Korean Network. Menurut sumber lain peranti ini juga akan dibuat dalam kuantiti kecil bagi meneliti permintaannya di pasaran kelak.

Beberapa bayangan dibuat oleh LetsGoDigital bagi peranti ini. Bayangan ini dibuat berdasarkan paten yang telah difailkan oleh pihak Huawei.

Ianya dijangka dilengkapi dengan network 5G dan pemprosesan Kirin 980 menurut Richard Yu. Pihak Huawei buat masa ini sangat bersungguh-sungguh merealisasikan network 5G.

Apa-apa pon mari kita nantikan apabila peranti ini dilepaskan ke seluruh dunia kelak.

Bantu kami kongsi artikel ini di sosial media

Sertai komuniti iFix iOS Studio