Apple Watch 4 telah dilancarkan pada tahun 2018. Ianya mempunyai suatu fungsi dinamakan fall detection. Fungsi ini akan diaktifkan sekiranya pemakai terjatuh dan seterusnya ianya akan membuat panggilan kecemasan kepada pihak berkuasa.
Seperti dikongsi oleh NRK, individu bernama Toravl 67 tahun jatuh di dalam tandas dan didapati tidak sedarkan diri. Beliau juga mengalami pendarahan serius akibat kemalangan tersebut. Mukanya mengalami 3 bahagian yang retak.
Mujur beliau menggunakan Apple Watch terbaru ini. Jika tidak mungkin pengakhiran ini boleh membawa kepada maut oleh kerana kemalangan ini berlaku pada lewat tengah malam.
Fungsi Apple Watch fall detection ini akan diaktifkan secara automatik sekiranya tuan empunya berumur 65 tahun dan ke atas. Untuk mengaktifkan fungsi ini boleh membuka aplikasi Watch di iPhone anda dan pilih emergency SOS.