AirPods 2 daripada Apple Inc mungkin akan dilancarkan tak lama lagi. Mungkin ‘Hey Siri’ akan dapat diakses terus menggunakan aksesori ini dimana ciri ini tidak terdapat pada model sekarang.

Ciri ‘Hey Siri’ di AirPods hanya akan berfungsi dengan suara pemilik aksesori ini. Suara pemilik sebelum dapat digunakan dengan aksesori ini haruslah membuat pengecaman di dalam iPhone terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan ciri ini.

Ianya akan berfungsi dengan hanya sistem iOS 12.2 beta yang baharu sahaja dilepaskan. Dengan terdapatnya ciri ini di dalam iOS baharu ini menguatkan lagi khabar angin ini secara tak lansung. Sama-sama kita nantikan.